LAWATAN RASMI KE UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

LAWATAN RASMI KE UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

KAJANG, 28 Mei 2024 – Lawatan rasmi Maahad Turath Al-Islami ke Universiti Islam Selangor (UIS) di Fakulti Pengajian Peradaban Islam. Seramai 9 orang tenaga pengajar maahad turut serta di dalam program lawatan rasmi tersebut yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Nazmi bin Abdul Karim selaku mudir maahad,
Pihak maahad disambut oleh wakil daripada pihak UIS :-
1.Dr. Rosni binti Wazir ( Dekan FPPi)

2.Dr. Suriani binti Sudi (Timbalan Dekan Akedemik dan Pegantarabangsaan)

3.Dr. Nurzatil Ismah binti Azizan (KJ Quran Sunnah)

4.Dr. Muhammad Imran bin Ahmad (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

5.Dr. Halim bin Mokhtar (Ketua Latihan Industri & Jaringan Komuniti FPPI )

Antara agenda lawatan rasmi adalah untuk membincangkan kerjasama antara pihak Maahad Turath Al-Islami dan UIS dan memperkenalkan maahad beserta silibus pengajiannya kepada UIS.

Lawatan ini sebagai salah satu usaha maahad untuk membuka haluan pengajian kepada pelajar-pelajar di peringkat seterusnya.

Semoga usaha yang dilaksanakan pihak kami diberkati Allah Taala dan dapat memberi manfaat kepada maahad umumnya dan kepada pelajar khususnya.