Shah Alam, 4&5 Julai 2026
Maahad Turath Al-Islami telah berjaya menganjurkan selama dua hari bertempat di Dewan Asrama Yasin, Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam. Program ini disampaikan oleh Ustazah Intan Suraya, alumni Maahad Turath Al-Islami serta lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Sepanjang daurah berlangsung, para peserta telah mengikuti pengajian berpandukan kitab الإبانة والإفاضة yang membincangkan hukum-hakam berkaitan haid, nifas dan istihadah menurut mazhab al-Syafi‘i. Pengisian yang disampaikan memberi penekanan kepada kefahaman fardu ain yang menjadi keperluan setiap muslimah dalam melaksanakan ibadah dengan yakin dan tepat.
Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelajar yang hadir dengan semangat menuntut ilmu serta aktif dalam sesi perbincangan dan soal jawab. Diharapkan daurah ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman agama, seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Semoga Allah SWT memberkati usaha ini, mengurniakan kefahaman yang benar dalam agama, serta menjadikan ilmu yang dipelajari sebagai manfaat yang berterusan buat semua pelajar.





