40 Hari di Maahad Turath Al Islami

Shah Alam, 10 Januari 2026

Seperti yang diadakan pada setiap awal tahun, para pelajar Maahad Turath Al Islami akan menjalani program intensif selama 40 hari di maahad. Sepanjang tempoh ini, pelbagai pengisian bermanfaat disusun, khususnya pada setiap hujung minggu, bagi membentuk sahsiah, rohani dan jati diri pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  1. Ceramah motivasi setiap minggu yang disampaikan oleh para asatizah berpengalaman bagi menyuntik semangat dan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan ilmu dan adab.
  2. Bengkel Fardu Ain mengikut sunnah, merangkumi pembelajaran secara teori dan praktikal seperti wuduk, tayammum, mandi wajib, solat serta amalan ibadah lain.
  3. Hafazan Selawat Badawi Kubra sebagai amalan harian yang dibaca setiap pagi selepas solat Subuh.
  4. Hafazan doa-doa, kaifiat bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, sebagai persediaan kepada pelajar untuk mempraktikkannya dalam masyarakat.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada para pelajar, bukan sahaja untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, malah untuk diajarkan kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.