SHAH ALAM, 4 Ogos 2025 – Buat julung kalinya, Maahad Turath Al-Islami telah menganjurkan Hari Sukan khas untuk semua warga Maahad. Program ini berlangsung selama tiga hari, dan dijalankan secara berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan — mengikut pogram masing-masing.
Untuk pelajar lelaki, acara dimulakan dengan sukan bowling, disusuli dengan pertandingan futsal dan badminton. pada keesokan harinya, Dan pelajar lelaki turut memeriahkan hari terakhir hari sukan Maahad dengan acara sukaneka yang bermacam-macam dan penuh dengan gelak tawa dan semangat berpasukan.
Sementara itu, pelajar perempuan memulakan hari mereka dengan sukaneka terlebih dahulu, diikuti dengan acara bowling pada hari kedua. Sebagai penutup yang istimewa, sekitar 90 orang pelajar perempuan beserta guru dan staff telah membuat lawatan santai ke Taman Botani Bukit Cerakah pada hari terakhir.
Tujuan program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah sesama guru,pelajar dan staff serta memberi peluang untuk semua bergembira di luar bilik darjah. Walaupun sederhana, suasananya cukup meriah dan penuh kenangan indah.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang — kerana kenangan yang tercipta ini pasti akan dikenang sepanjang zaman
Wallahu A’lam.














