Kunjungan rasmi Lembaga Pengkajian Islam dan Peradaban (LPIP) ke Maahad Turath Al Islami

SHAH ALAM, 7 Julai 2024 – Maahad Turath Al Islami telah menerima kunjungan rasmi dari pihak Lembaga Pengkajian Islam dan Peradaban (LPIP) dari Indonesia. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut:-

1. Prof. Dr Alaidin Koto
2. Dr. Dian Oka Putra
3. Sanusi, SH, MH
4. Sukemi, M.Sy
5. Nia Nurul Syahara
6. ⁠Ustaz Mohd Sapidin bin Amran

Setibanya para delegasi LPIP ke Maahad Turath Al Islami, mereka telah disambut oleh pihak maahad dengan hidangan sarapan pagi.

Kemudian tetamu dibawa ke bilik mesyuarat untuk acara seterusnya iaitu ucapan aluan dan pengenalan ringkas berkenaan maahad yang disampaikan oleh mudir maahad ustaz Nazmi Karim.Dan disusuli ucapan aluan dan pengenalan daripada wakil LPIP.

Antara agenda lawatan rasmi adalah mengadakan hubungan dua hala antara pihak maahad dan pihak (LPIP) dan membincangkan haluan pelajar-pelajar maahad untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti-universiti Indonesia serta cadangan program pertukaran pelajar diantara kedua belah pihak.

Pihak maahad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz Mohd Sapidin sebagai perantara antara pihak maahad dan pihak LPIP. Dan pihak maahad juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPIP kerana sudi bersilaturrahim ke Maahad Turath Al Islami.

Semoga pertemuan ini akan menjadi satu permulaan yang baik bagi tahun baru hijrah 1446 H dan semoga usaha yang dilaksanakan ini diberkati Allah taala dan dapat beri manfaat kepada maahd umumnya dan kepada pelajar-pelajar khususnya.